Sesi Penyerahan Surat Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Diploma Dakwah Islamiyyah, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

           Pada 14 April 2016 (Khamis), bertempat di Dewan Majlis Islam Sarawak, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Jakim Cawangan Sarawak telah menerima Surat Perakuan Memenuhi Keperluan Kualiti daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Diploma Dakwah Islamiyyah yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha kepada Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh yang disaksikan oleh YB. Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Perlancongan Sarawak.
 
            Sesi penyerahan tersebut diadakan bersempena dengan Konvensyen Kepimpinan Islam Sarawak 2016 yang disertai oleh kira-kira 800 orang peserta yang terdiri daripada imam, guru-guru kafa, guru-guru Takmir, penghulu-penghulu  dan ketua Masyarakat dari seluruh pelusuk negeri Sarawak.
 
        Dengan adanya pengiktirafan ini, IKMAS akan berdiri teguh sebaris dengan institusi – institusi pendidikan lain di Malaysia dalam melahirkan dai’e dan generasi pemimpin yang kompeten dan berkualiti khususnya di bumi Sarawak. 
 
 
Penyerahan Surat Perakuan Oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha kepada Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh yang disaksikan oleh YB. Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Perlancongan Sarawak.
 
Tarikh: 
Apr 19, 2016