SEBUT HARGA MEMBINA RUMAH PMOA DI KOA KUNDANG, MUADZAM SHAH, PAHANG

Jenis Iklan: 
Sebutharga
Tarikh Akhir Paparan: 
April 28, 2016
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
 
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPPIPM) yang masih sah tempohnya di bawah Gred, Kategori dan Pengkhususan berkaitan dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) menyertai sebut harga berikut:
 
NO. SEBUT HARGA
TAJUK SEBUT HARGA
KELAYAKAN
TARIKH DIBUKA
TARIKH DITUTUP
TARIKH LAWATAN TAPAK DAN TEMPAT BERKUMPUL
 
JAKIM BIL. 26/2016
 
 
SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMBINAAN RUMAH PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI (PMOA) DI KAMPUNG ORANG ASLI (KOA) KUNDANG, MUADZAM SHAH, PAHANG
 
Berdaftar dengan;-
 
i) CIDB Gred G1 Kategori B Pengkhususan B04
 
ii) PKK
 -Memiliki taraf Bumiputera
 
7/4/2016
(Khamis)
 
26/4/2016
(Selasa)
 
18/4/2016 (Isnin)
Jam 3.00 petang
 
Depan Surau Kampung Orang Asli Kundang, Muadzam Shah, Pahang
 
Pegawai Penyelaras :
 
1. Encik Mohamad
Fahmi bin Zulkifli
 
2. Haji Jamalludin
bin Abdul Aziz
 
2.         Dokumen sebut harga boleh diperoleh pada waktu lawatan tapak seperti alamat di atas. Dokumen sebut harga boleh  didapatkan secara PERCUMA namun ia hanya akan dikeluarkan kepada syarikat/wakil syarikat yang mengemukakan salinan ASAL Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPPIPM) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)yang masih sah tempohnya beserta salinan setiap satu (salinan tidak akan dikembalikan). Hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau bagi pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil.
 
 
3.         Dokumen yang telah lengkap diisi dan dilakri serta ditulis no. sebut harga disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang disediakan di Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 8, Blok D7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 PUTRAJAYA sebelum atau pada 28/4/2016 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
 
 
4.         Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan bersama penyebut harga dan kehadiran penyebut harga adalah DIWAJIBKAN. Hanya dua (2) wakil penyebut harga dibenarkan menyertai sesi tersebut. Penyebut harga yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti yang ditentukan di atas. 
 
Dipaparkan di papan iklan pada 7 April 2016