Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 4-9 Blok D7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519
W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000
Mengenai JAKIM | e-mel| e-mel Lama | Intranet | Waktu Solat/Arah Kiblat |Soalan Lazim
   English   |  العربية    |  Rabu : 25 Safar 1431 /  09 February 2010
Pimpinan Ar-Rahman National Mosque Putra MOsque Wilayah Mosque On-Line Hadith

Enjin Carian

 

Carian Terpanas:

 
1. Mengapa Kalimah
    ALLAH
2. Doa Qunut Nazilah
3. Fatwa Yoga
4. Jangan Gugat Hak    Islam-KP JAKIM
5. Islam Hadhari

Mengenai JAKIM
 Fungsi JAKIM
 Piagam Pelanggan
 Prestasi Piagam
   Pelanggan
 Pelan Strategik Jakim
   2009-2014
 Peta Laman

e-JAKIM
 Tel/e-mail Kakitangan
 e-Solat/Arah Kiblat
 e-Media
 e-Almanak Falak
 e-RHK
 e-Hadith
 e-Ucapan

 e-MEP

 e-Rujukan

 e-Jenazah

 e-QLIM

 SIMPENI

 SISMIM

 Portal SPA(MyAsset)


GARIS PANDUAN
 Garis Panduan Pertama Penyediaan RMKe-10
 Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
 Panduan Qunut Nazilah
 GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM
 Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station,ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa)
 Panduan Doa Rasmi
Arkib 
Artikel Munakahat  
Isu-Isu Akidah

IslamGRID
IslamGRID
Solat Orang Sakit
Program Televisyen JAKIM
Maklumat Hal Ehwal Islam
SIMPI
Islam Dalam Internet
Modul PPKI & PPS

MUAT TURUN

TEKS UCAPAN PERASMIAN PROGRAM MAJLIS PELANCARAN BAS BELIA MABIMS KEPADA PEMIMPIN BELIA MABIMS OLEH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI PADA 23 JULAI 2009

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB. Senator  Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Baharom (B)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

di Program Majlis Pelancaran Bas Belia MABIMS Kepada Pemimpin-pemimpin Belia MABIMS

pada 23 Julai 2009 (Jumaat) bertempat di Auditorium, D8, JAKIM.

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَََفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

 

 

Yang dihormati Saudara Pengerusi Majlis,

 

Y.Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim,

 

Ketua- Ketua Jabatan ,

Pengarah-Pengarah Bahagian JAKIM,

Pegawai dan kakitangan Kerajaan dar Jabatan-jabatan Berhampiran

 

dan seterusnya Y.Bhg Dato’- Dato’, Tuan- tuan dan Puan- puan yang saya kasihi sekalian

 

1.         Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Pelancaran Bas Belia MABIMS Tahun 2009 pada pagi ini. Saya merasa bertuah kerana dapat bertemu tuan-tuan / puan-puan sempena dengan Pelancaran Bas Belia MABIMS yang akan melibatkan peserta  yang terdiri dari Republik Singapura , Brunai dan Indonesia & Malaysia.

 

Saya dimaklumkan bahawa pemimpin-pemimpin belia dari Singapura, Brunai dan Indonesia yang turut serta dalam program  bas belia MABIMS adalah mereka yang bertanggungjawab merancang, menyelenggarakan dan menganjurkan kegiatan belia dan remaja di peringkat kebangsaan atau daerah.

 

 

3.         Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam penganjuran program Pelancaran Bas Belia MABIMS yang sangat signifikan untuk pemimpin-pemimpin belia MABIMS. Begitu juga saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan- tuan dan puan- puan sekalian di atas komitmen kerana sudi hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program Pelancaran Bas Belia MABIMS pada hari ini.

 

Tuan-Tuan, Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian,

 

4.         Tugas Dakwah adalah tanggungjawab bersama. Berjuang untuk menegakkan Islam dengan berusaha mengembangkan ajaran-ajarannya serta menangkis segala tuduhan dan tohmahan daripada golongan-golongan yang lain. Ianya hendaklah disampaikan secara bijaksana  dan penuh hikmah sebagaimana Firman Allah SWT yang bernaksud :-

 

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan islam) sesungguhnya dia hanyalah berjuang  untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”.

Surah al-Ankabut: Ayat 6

 

Dan firman Allah dalam:

Surah al-Nahli: Ayat 125

 

Yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.

[Ayat : 125]

 

 

5.         Begitu juga Hadith Nabi sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat”.

 

Ini bermakna Islam menuntut umatnya berdakwah kepada sesama Islam dan termasuk orang bukan Islam demi untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini dengan melaksanakan amar ma’ruf dan mencegah mungkar.

 

Y.Bhg Dato’ , Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

 

6.         Cabaran para belia untuk beberapa tahun yang akan datang sudah tentu akan menjadi lebih mencabar lagi sebagaimana suasana kini yang sudah terlalu mencabar daya ketahanan mereka berbanding dengan suasana 10 tahun yang lalu.

 

Jangkamasa 10 tahun bukanlah terlalu panjang, tetapi dalam tempoh tersebut, pelbagai penemuan baru dalam pelbagai bidang kehidupan, gaya hidup dan pemikiran muncul bertali arus tanpa dapat disekat lagi. Bagi menghadapi suasana ini, menjadi tanggungjawab mereka untuk bersedia dengan langkah-langkah yang lebih berhati-hati, wajar dan proaktif.

 

7.         Golongan belia bukanlah satu golongan pinggiran atau golongan yang kurang penting dalam pembangunan negara. Mereka tidak disisihkan. Malah mereka adalah satu golongan tersendiri yang memerlukan pendekatan yang juga tersendiri. Ini memandangkan kepada tahap perkembangan dan kemampuan mereka dalam mengharungi kehidupan yang memerlukan pendekatan tertentu.

 

8.         Mereka dikehendaki bersatu kerana kesatuan mewakili satu golongan yang sudah cukup bersedia, bermuafakat, mempunyai hala tuju yang sama dan matlamat yang kukuh. Para belia juga harus sedar bahawa kesatuan itu harus diperolehi sama ada kesatuan dalam aspek pemikiran, kepemimpinan, hala tuju perjuangan dan matlamat. Para belia yang bersatu padu seperti inilah yang dimajukan oleh negara untuk mengharungi ranjau yang tidak tergambar untuk alaf baru.

 

9.         Para belia harus menyedari apakah peranan dan sumbangan mereka dalam merancakkan lagi arus pembangunan ilmu. Apakah mereka mampu untuk mengembangkan lagi ilmu dan pengetahuan yang mereka ada untuk kesejahteraan orang lain atau sekadar menjadi pengguna pasif dan pemerhati sahaja.

 

10.       Dalam era globalisasi ini, seharusya para belia mempunyai keinginan untuk turut sama menyumbang ke arah pembinaan satu masyarakat dunia yang canggih dan bertamaddun tinggi serta unggul. Mereka tidak harus lupa, dalam ajaran agama Islam juga ada menekankan akan kepentingan ilmu ini. Dalam sebuah hadis Rasul Allah S.A.W ada menyebut yang bermaksud      :

 

“sekiranya kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu, jika kamu inginkan dunia, hendaklah juga dengan ilmu, dan jika kamu inginkan kedua-duanya, hendaklah juga dengan ilmu.”

 

11.       Kini gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat kita apabila semakin banyak kes-kes yang  dilaporkan akhbar arus perdana dewasa ini. Gejala sosial dari sudut konsepnya adalah ungkapan yang luas maknanya sama ada dipandang dari segi makro mahupun mikro. Yang bersifat makro seperti kemiskinan, rasuah, perkauman, penindasan pekerja dan pemusnahan alam sekitar.

 

Sementara yang bersifat mikro seperti pengkid, mat rempit, gengsterism, ragut, bunuh diri, salah guna dadah, buang bayi, bohsia, lepak, persundalan, pecah amanah, pecah rumah, perceraian, sumbang mahram, keganasan rumah tangga dan penderaan anak.

 

12.       Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda.

 

Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992..

 

13.       Bilangan pesakit HIV/AIDS adalah seramai 64,439 orang sehingga tahun 2004. Pada tahun 1986 pesakit HIV adalah seramai 3 orang. Sehingga tahun 2004, seramai 9,442 orang telah dijangkiti AIDS. Daripada jumlah 64,439 orang pesakit AIDS, kes kematian akibat AIDs adalah sebanyak 7,195 orang (76%).

 

Sumber : Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia,2005.

 

14.       Dalam sejarah Nabi S.A.W membuktikan bahawa beginda dapat memerintah negara pada ketika itu yang rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum dan agama iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam dalam keadaan aman dan harmoni. Dalam zaman tersebut, Nabi S.A.W memberi jaminan kesalamatan, keamanan dan kesejahteraan kepada golongan Zimmi yang bernaung di bawah kepimpinan Islam.

 

 Ini selaras dengan sabda Nabi S.A.W.:

 

 “man aza zimmiyyan paqad azani”.

Yang bermaksud “barang siapa yang menyakiti kafir zimmi, maka sesungguhnya dia telah menyakitiku”.

 

15.       JAKIM sebagai institusi agama di peringkat Pusat telah maklum tugas dan tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Kita bersama-sama berganding bahu serta melipatgandakan usaha menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat di pelbagai peringkat masyarakat termasuklah golongan non muslim.

 

            Saya melihat sasaran dakwah kita kepada non-muslim agak kurang, sedangkan mereka ini adalah sebahagian daripada anggota masyarakat kita dan mereka juga perlu diberi kefahaman atau pendedahan mengenai keindahan Islam itu sendiri.

 

16.       Justeru itu, saya mengharapkan belia –belia MABIMS dapat menyertai dan melibatkan diri dengan aktiviti atau program yang bermanfaat yang dianjurkan oleh agensi-agensi agama bagi menampilkan contoh teladan yang menggambarkan keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam agar mereka  mudah tertarik dengan ajaran Islam dan dapat menerima agama Islam sebagai pegangan hidup.

 

17.       Maka, menjadi tanggungjawab kita, para belia MABIMS untuk mengambil berat dan sama-sama membantu pihak kerajaan dalam apa jua sumbangan untuk membuat anjakan paradigma secara menyeluruh bagi mengatasi permasalahan yang ada.

 

18.       Para belia MABIMS juga harus mengikuti perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku yang boleh membantu dalam menjayakan misi dakwah yang dilaksanakan. Dengan maklumat-maklumat yang ada di sekeliling akan dapat memberi keyakinan penuh dan jawapan yang tepat tanpa merasa ragu-ragu dengan apa yang disampaikan.

 

19.       Dalam mendokong usaha dakwah yang dijalankan, kita tidak dapat lari dari ancaman-ancaman pihak luar yang suka melihat umat Islam berpecah belah sesama sendiri yang akhirnya akan mengundang bahaya kepada negara dan agama yang kita cintai.

 

20.       Kita tidak mahu keadaan seperti ini terjadi di negara kita. Atas kesedaran inilah, saya menyeru kepada semua ilmuwan dan agamawan serta para belia  untuk bersatu padu dalam menangani segala isu yang timbul mengikut saluran yang telah disediakan. Disamping itu juga para belia perlu melengkapkan diri dengan menguasai segala ilmu pengetahuan dengan sebaik mungkin termasuklah kemahiran pelbagai bahasa dan etnik.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al- Imran ayat 110 yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik golongan untuk umat manusia kerana menyeru kepada kebaikan dan menghalang kejahatan, serta beriman kepada Allah”.

 

21.       Allah S.W.T. telah mengingatkan kita dalam surah Al-Isra’ ayat 36:

 

Maksud Ayat:

            Dan janganlah engkau mengikut (memperkatakan atau melakukan) apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. 

 

22.       Firman Allah ini jelas mengingatkan kita agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan ilmu Allah tanpa pengetahuan yang baik mengenainya. Saranan ayat tersebut memberi gambaran kepada kita bahawa apa yang kita sampaikan haruslah diketahui kebenarannya dan bukan direka-reka mengikut selera sesuka hati untuk memenuhi sesuatu kepentingan.

 

Bukanlah tujuan kita berdakwah itu untuk menjadi seorang yang terkenal, orang yang disanjung atau seumpamanya, tetapi kita mencari keredhaan Allah S.W.T. semata-mata.

 

Hadirin Sekalian,

 

23.       Akhir kata, ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan Program Majlis Pelancaran Bas Belia Mabims. Juga pihak yang sudi berkongsi mutiara ilmu bersama-sama para peserta dalam sesi Program ini. Tidak lupa juga kepada peserta program,belia daripada Singapura, Brunai dan Indonesia. Saya mendoakan mereka semua akan mendapat manfaat yang besar daripada penganjuran program  seperti ini.

 

24.       Diharap manfaat dari penganjuran ini tidak akan terhenti sekadar di sini sahaja. Semoga para belia yang terlibat dalam program Bas Belia MABIMS ini akan pulang dengan azam yang lebih tinggi untuk memartabatkan ajaran dan agama Islam sebagai yang terulung dan menyebar luaskannya demi menjamin kelangsungan wahyu Allah S.W.T. untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Dengan berkat ilmu yang diperolehi ini, diharapkan semoga perjalanan hidup kita ini akan lebih diredhai oleh Allah S.W.T.

 

25. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Penutup Pelancaran Bas Belia MABIMS Tahun 2009.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

 

 

Tarikh :  
Sumber : Pengarah Bahagian  
Editor : PRO JAKIM
Hits :  97  

HADITH HARI INI


Tinjauan Pendapat
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak patut dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dalam gereja dan bahan terbitan mereka.
A: Tidak Setuju
B: Setuju
 

Tinjauan Pendapat
Kerajaan Patut menubuhkan Majlis Antara Agama yang memiliki kuasa undang-undang dan dianggotai oleh pemimpin Islam, Hindu, Kristian, Sikh, Budha, Tao, Qadyani, Bahai dan lain-lain
A: Tidak Wajar
B: Wajar Bersyarat
C: Wajar Tanpa Syarat
 
Pengumuman
 
  Kelas Pengajian Membaca Al-Quran Anjuran Puspanita JAKIM
  Kursus Better Spoken English di ILIM
  Rancangan Realiti TV Kanak- kanak 'ADIK-ADIKKU"
 

Iklan
 
  Radio Jakim "SALAM FM" Mula Siaran
  Pelawaan Sumbangan Karya Dan Manuskrip
  Kursus Perkahwinan
 

Hiperrangkai
 
 DBP
 BPA
 eKL
 IIM
 YWM
 BPH
 

Akhbar On-line
 
 


Anda adalah pelawat yang ke 12815321  sejak dilancarkan pada 16 Disember 1996

Hits Keseluruhan JAKIM
Kemaskini : 09 February 2010
Hakcipta Terpelihara JAKIM © 2010
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN
Kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.