Lawatan Ke Pondok Darul Hanan Lambor

 
 
Rawatan dadah secara tradisional berasaskan kaedah Islam tidak dinafikan membantu para pengguna dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan berhenti dari terus terjebak dalam penagihan dadah.
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK), telah mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan Islam Pondok Darul Hanan Lambor, Tumpat Kelantan pada 9 Oktober 2013. Lawatan kali ke 2 ini telah disertai oleh Ustaz Zakuan bin Sawai, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) JAKIM, Ustaz Mat Jusoh bin Sudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan KSK JAKIM serta beberapa orang pegawai.
 
Pondok rawatan ini telah diusahakan oleh Tuan Haji Mohd Zain bin Bakar atau lebih mesra dipanggil Ayah Aji telah beroperasi selama 15 tahun. Ketika lawatan, seramai 61 orang penghuni masih menerima rawatan di pondok ini. Penghuni yang menerima rawatan adalah yang rata-rata  dari seluruh Malaysia dan semuanya lelaki Islam. Mereka datang secara sukarela dan ada yang dihantar oleh keluarga.
 
Pondok rawatan ini juga mendapat pengiktirafan dari Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) yang selalu datang untuk memantau pondok rawatan ini.
 
Moga dengan usaha yang dilakukan oleh pondok rawatan ini dapat mengurangkan gejala penagihan dadah dikalangan orang Islam.
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
Oct 14, 2013