Kunjung Hormat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam (MJPBPBI)

 
Pada 21 April 2016 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah berkesempatan menerima kunjung hormat daripada Jakim bersama Jawatankusa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam (JPBPBI) MKI .
 
Kunjung hormat ini telah diketuai oleh S.S. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selaku Pengerusi JPBPBI. Ahli JPBPBI yang turut menyertai program ini ialah  YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Stapa, YBrs. Dr. Hashim bin Mehat dan YBrs. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar bin A. Harris.  Hadir bersama ialah Y.Bhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim.
 
Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjung hormat ini ialah isu berkaitan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam yang meragukan yang semakin banyak membanjiri pasaran, serta tindakan penguatkuasaan yang perlu digiatkan bagi membendung permasalahan ini. YAB Timbalan Perdana Menteri telah berbesar hati untuk menerima segala pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh ahli JPBPBI bagi memastikan kesucian akidah Islam terus terpelihara dari penyelewengan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Tarikh: 
Apr 22, 2016